Memiliki Payudara Besar Sebelah, Adakah Ianya Normal?

Foto: Kompas Lifestyle

Share

Payudara adalah satu aset yang sangat berharga buat wanita. Tapi bagaimana jika anda memiliki payudara yang saiznya tidak sama? Sudah pasti terdetik rasa risau dihati.

Anda jangan terlalu risau, ada kemungkinan saiz payudara yang tidak sama saiz itu disebabkan kitaran haid. Tahukah anda bahawa haid juga memberikan kesan kepada saiz payudara anda.

Selain itu, berlakunya perbezaan saiz itu apabila anda sedang hamil dan juga sedang menyusu badan. Namun, selalunya saiz payudara akan berubah ketika anda datang haid. Ini kerana hormon dalam badan ketika itu sedang berubah.

Foto: theAsianparent Malaysia

Berikut merupakan perubahan terjadi kepada payudara anda menjelang haid:

1. Sensitif dan kenyerian

Rasa nyeri pada bahagian tertentu payudara adalah normal kerana berlaku perubahan hormon dalam tubuh anda ketika itu. Ianya adalah perkara nirmal dan tidak membimbangkan.

2. Nampak lebih kecil

Keadaan ini juga normal dan sering berlaku saat menstruasi anda menjelang.

Pakar sakit puan Dr Sara Gottfried berkata, keadaan ini berlaku kerana kadar estrogen dan progesteron menurun hingga ke titik terendah, sekali gus menyebabkan payudara sedikit mengempis.

3. Kelihatan lebih montok dan kencang

Menurut Ultrasound Medicine, keadaan ini berlaku ketika anda haid anda semakin mendekat. Jadi jika anda rasa tidak selesa akibat perubahan saiz ketika datang haid, anda jangan terlalu risau ya!

4. Tidak simetri

Pakar bedah payudara Dr Amanda Wheeler berkata, ia adalah normal bagi kebanyakan wanita memiliki payudara kiri yang lebih besar berbanding kanan.

Bagaimanapun, ia hanyalah bersifat sementara kerana ketika kandungan estrogen menurun, payudara anda akan menjadi kurang simetri dan terlihat agak miring.

Jika anda rasa tidak selesa dengan perubahan saiz payudara anda, anda boleh saja merujuk kepada pakar puan. Sekian petikan dari bm.cari.com.my